IPOH: Pakar Paleontologi dilantik bagi menilai kerosakan sebenar yang berlaku pada fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di Gua Matsoorat di sini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata laporan kajian daripada pakar itu diperlukan sebelum tindakan lanjut termasuk tuntutan jumlah kerugian dibuat terhadap syarikat produksi yang terlibat.
"Barisan pakar ini telah pun dilantik dan mereka pun sudah datang ke gua itu tiga hari sudah untuk melakukan pemeriksaan serta kajian. Saya difahamkan laporan itu mungkin mengambil masa sebulan.
"Jadi untuk peringkat ini, kita menunggu laporan daripada mereka, apabila siap nanti baru boleh buat tuntutan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penanaman Pokok sempena Program Perak Bumi Lestari di Taman Dr Seenivasagam di sini pada Sabtu.
Khamis lalu, kerajaan Perak memaklumkan akan mengambil tindakan tegas serta meminta ganti rugi daripada syarikat produksi drama yang menjalankan penggambaran di Gua Matsoorat di sini sehingga berlaku kerosakan pada fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di gua berkenaan.
BACA: Perak siasat isu kerosakan Gua Matsoorat selepas penggambaran drama
BACA: MBI siasat dakwaan Gua Matsoorat diceroboh selepas penggambaran drama
BACA: Gua Matsoorat: FINAS akan kaji semula pengeluaran lesen penggambaran
BACA: Kerosakan Gua Matsoorat: Perak teliti kenakan penalti atau kos pemuliharaan
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, terdapat bukti bahawa kru syarikat produksi berkenaan telah melakukan kerosakan.
Mengulas lanjut, Rumaizi berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan kawalan dan pemantauan di kawasan gua itu.
Katanya, tambahan terhadap operator dan pengawal keselamatan telah dilakukan bagi meningkatkan sistem kawalan.
"Tindakan tegas itu sudah tentu tetapi dalam masa sama MBI juga akan perketatkan kawalan agar kejadian sama tidak berulang," katanya.
Program penanaman pokok di Taman DR Seenivasagam ini merupakan program kerjasama antara MBI bersama Jabatan Landskap Negara (JLN), Universiti Putra Malaysia (UPM), Institute of Landscape architects Malaysia (ILAM) untuk menghasilkan laporan Rewilding Ipoh-the landscape architecture perspective.
Cadangan dan dapatan kajian dalam laporan itu nanti digunakan bagi membantu MBI dalam mencapai matlamat Low Carbon City.
Berita asal: Pakar paleontologi dilantik kaji kerosakan fosil Gua Matsoorat
Sinar Harian
Sat Apr 03 2021
Rumaizi (kanan) melakukan gimik perasmian dengan penanaman pokok Merbau sempena Majlis Penanaman Pokok sempena Program Perak Bumi Lestari di Taman Dr Seenivasagam, Ipoh pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Pakar paleontologi dilantik kaji kerosakan fosil Gua Matsoorat
Laporan kajian daripada pakar itu diperlukan sebelum tindakan lanjut termasuk tuntutan jumlah kerugian dibuat terhadap syarikat produksi yang terlibat.
Kerosakan Gua Matsoorat: Perak teliti kenakan penalti atau kos pemuliharaan
Perkara itu masih dalam perbincangan kerana beberapa pakar sedang meneliti kerosakan yang berlaku dan bagaimana untuk memuliharanya.
Gua Matsoorat: FINAS akan kaji semula pengeluaran lesen penggambaran
FINAS akan menilai semula pengeluaran lesen SPP ekoran dakwaan berlaku kerosakan pada fosil berusia jutaan tahun itu.
MBI siasat dakwaan Gua Matsoorat diceroboh selepas penggambaran drama
Syarikat produksi berkenaan didakwa melakukan kerosakan terhadap sebuah fosil berusia jutaan tahun dan melakukan vandalisme pada dinding gua tersebut.
Perak siasat isu kerosakan Gua Matsoorat selepas penggambaran drama
Pihaknya menerima aduan berhubung kerosakan di tapak bersejarah itu daripada sebuah badan bukan kerajaan.